Notis Privasi
Tarikh Berkuatkuasa: 22 November 2024
Semakan Terakhir: 22 November 2024
- APAKAH NOTIS INI? Sila baca notis privasi ini ("Notis Privasi") dengan teliti untuk memahami dasar dan amalan ASTRO berkenaan Data Peribadi pelanggannya dan cara ASTRO akan menggunanya. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("Akta") telah diperkenalkan untuk mengawal selia pemprosesan Data Peribadi dalam transaksi komersial. Akta tersebut, yang terpakai bagi semua syarikat dan firma yang ditubuhkan di Malaysia, memerlukan Kami untuk memaklumkan anda mengenai hak anda berkenaan dengan Data Peribadi anda.
- APAKAH DATA PERIBADI? "Data Peribadi" merujuk kepada maklumat yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan anda, yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda secara bersendiri atau bersama-sama dengan data lain yang Kami kumpul atau mempunyai akses kepadanya.
- SIAPA KAMI? Sebarang rujukan dalam Notis Privasi ini kepada "ASTRO" dan "Kami" bermaksud Astro Malaysia Holdings Berhad (932533-V) dan, mengikut mana yang berkenaan, mana-mana subsidiari dan syarikat yang berkaitan dengannya seperti yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 2016.
- APAKAH DATA PERIBADI YANG MUNGKIN KAMI KUMPULKAN DARIPADA ANDA? Data Peribadi yang ASTRO mungkin kumpulkan mengenai anda akan berbeza-beza bergantung kepada cara anda berinteraksi dan berhubung dengan ASTRO. Sebagai contoh, ia mungkin termasuk:
- nama anda, tarikh lahir, dokumen sokongan pengenalan (termasuk kad pengenalan atau nombor pasport), jantina, kewarganegaraan dan bangsa, bahasa pilihan, alamat peribadi dan/atau perniagaan semasa, alamat pemasangan, nombor telefon atau telefon mudah alih, alamat e-mel, soalan-soalan dan/atau data untuk memudahkan langkah keselamatan yang Kami ada untuk akaun anda;
- maklumat kad kredit dan/atau kad debit anda, butiran akaun bank dan sejarah pembayaran anda;
- status produk dan/atau perkhidmatan yang telah anda perolehi daripada Kami atau langgan;
- cara anda menggunakan produk dan/atau perkhidmatan;
- peralatan (seperti kotak atas set anda dan sistem komputer anda) dan/atau perisian yang anda gunakan apabila mengakses produk dan/atau perkhidmatan kami dan/atau pedagang dan rakan kongsi strategik pilihan kami;
- minat dan kecenderungan peribadi anda untuk membantu Kami menyesuaikan tawaran produk dan/atau perkhidmatan kami dan/atau pedagang dan rakan kongsi strategik pilihan kami yang paling sesuai untuk anda;
- data aliran klik apabila anda melawati mana-mana aplikasi, platform media sosial atau laman web ASTRO;
- rakaman bagi panggilan yang dibuat oleh anda ke meja bantuan kami untuk peningkatan dan penambahbaikan perkhidmatan kami; dan
- maklumat lain yang mungkin diperlukan untuk tujuan urusan sah ASTRO atau seperti yang dikehendaki oleh syarat undang-undang yang berkenaan.
- APAKAH SUMBER DATA PERIBADI ANDA?:
- Kami mungkin mendapatkan Data Peribadi daripada anda secara langsung apabila anda:
- berkomunikasi dengan Kami, termasuk apabila anda mengemukakan permohonan untuk menjadi pelanggan kami atau apabila anda menghubungi Kami mengenai sebarang pertanyaan;
- melanggan produk dan/atau perkhidmatan ASTRO tertentu;
- menggunakan sebarang produk dan/atau perkhidmatan ASTRO;
- menyertai atau mengambil bahagian dalam mana-mana pertandingan, peraduan atau program kesetiaan yang dijalankan dan/atau dianjurkan oleh atau bagi pihak ASTRO;
- meminta sebarang maklumat atau mendaftarkan sebarang kepentingan dalam mana-mana produk dan/atau perkhidmatan ASTRO;
- bertindak balas kepada sebarang bahan pemasaran atau promosi yang diedarkan oleh ASTRO;
- melawat mana-mana pejabat, premis atau pusat niaga ASTRO;
- lawat, layar, siar atau masukkan sebarang maklumat ke dalam mana-mana aplikasi, platform media sosial dan/atau laman web ASTRO;
- membuat aduan kepada ASTRO; dan
- memberikan sebarang maklum balas kepada ASTRO.
- Selain daripada Data Peribadi yang diperolehi daripada anda, Kami juga mungkin mendapatkan Data Peribadi anda daripada pihak ketiga yang Kami berurusan dengan atau berkaitan dengan anda (termasuk rujukan kredit atau agensi pelaporan atau institusi kewangan) dan daripada sumber lain di mana anda telah memberikan persetujuan anda untuk pendedahan Data Peribadi yang berhubung dengan anda, dan/atau jika dibenarkan secara sah.
- Kami mengumpul maklumat mengenai penggunaan anda akan laman web kami daripada kuki. Kuki ialah paket maklumat yang disimpan dalam komputer atau peranti anda yang membantu pengemudian laman web anda dengan memadankan maklumat laman web yang bersesuaian dengan keperluan anda. Kuki itu sendiri tidak mengenal pasti pengguna individu tetapi hanya komputer atau peranti yang digunakan. Anda tidak diwajibkan untuk menerima kuki. Jika anda bimbang, anda boleh menetapkan komputer atau peranti anda untuk menerima sama ada kesemua kuki, untuk memberitahu anda apabila kuki dikeluarkan, atau untuk tidak menerima kuki pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, penolakan kuki boleh menjejaskan penggunaan anda akan laman web kami kerana Kami tidak akan dapat memperibadikan aspek penggunaan laman web anda.
- Harap maklum bahawa Notis Privasi ini terpakai hanya untuk laman web ASTRO dan tidak terpakai kepada mana-mana laman web pihak ketiga yang boleh diakses daripada laman web kami. Untuk memastikan bagaimana mereka berurusan dengan Data Peribadi anda, anda harus memastikan bahawa anda membaca dasar privasi mereka. Jika anda menggunakan atau melanggan mana-mana produk dan/atau perkhidmatan daripada mana-mana pihak ketiga dan anda kemudiannya memberikan Data Peribadi anda terus kepada pihak ketiga tersebut, Data Peribadi anda akan tertakluk kepada notis privasi pihak ketiga tersebut.
- Kami mungkin mendapatkan Data Peribadi daripada anda secara langsung apabila anda:
BAGAIMANA MUNGKIN KAMI MENGGUNAKAN DATA PERIBADI ANDA? Kami mungkin menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk mana-mana tujuan berikut (bersama-sama "Tujuan"):
- untuk mentaksir dan memproses permintaan anda untuk produk dan/atau perkhidmatan ASTRO;
- untuk memastikan identiti dan latar belakang anda;
- untuk mentaksir permohonan anda untuk mendaftar bagi penggunaan aplikasi, platform media sosial dan laman web ASTRO;
- untuk mentaksir permohonan anda untuk melanggan produk dan/atau perkhidmatan ASTRO;
- untuk berkomunikasi dengan anda;
- untuk menyediakan sebarang produk dan/atau perkhidmatan kepada anda;
- untuk memproses transaksi pembayaran anda;
- untuk menjawab pertanyaan anda;
- untuk mentadbir penyertaan anda dalam peraduan;
- untuk menjalankan aktiviti dalaman;
- untuk menjalankan penyiasatan dalaman, pematuhan, audit atau tujuan keselamatan termasuk, tanpa had, pengesanan jenayah, pencegahan dan pendakwaan;
- untuk menjalankan tinjauan pasaran dan analisis arah aliran;
- untuk memberi anda maklumat mengenai produk dan perkhidmatan ASTRO;
- untuk memberi anda maklumat mengenai produk dan perkhidmatan pedagang pilihan dan rakan kongsi strategik pilihan kami;
- untuk aktiviti urusan sah ASTRO yang lain;
- untuk apa-apa tujuan lain seperti yang dinyatakan dalam terma penggunaan bagi setiap laman web ASTRO; dan/atau
- jika berkaitan, apa-apa tujuan lain seperti yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat Am ASTRO dan, jika berkenaan, Terma dan Syarat Kempen ASTRO.
Dengan membekalkan Data Peribadi, anda dianggap telah memberikan persetujuan anda kepada pemprosesan dan penggunaan Data Peribadi oleh ASTRO untuk Tujuan.
- DENGAN SIAPA KAMI KONGSIKAN DATA PERIBADI ANDA?
- Kami mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada syarikat pihak ketiga, organisasi dan/atau pembekal perkhidmatan untuk: (i) menjalankan perkhidmatan bagi pihak kami yang merupakan sampingan kepada dan/atau diperlukan untuk tujuan menyediakan produk dan/atau perkhidmatan kami dan/atau pedagang dan rakan kongsi strategik’ pilihan kami kepada anda; atau (ii) membantu Kami menyediakan perkhidmatan kepada anda dan untuk memperibadikan perkhidmatan kami dan menjadikannya berfungsi dengan lebih baik; atau (iii) memproses transaksi pembayaran; atau (iv) menjalankan pemeriksaan penipuan dan kredit, dan mengutip hutang dan melindungi hak kami serta mempertahankan Kami dan harta kami; atau (v) menganalisis dan menambah baik maklumat yang Kami pegang (termasuk mengenai interaksi anda dengan perkhidmatan yang disediakan oleh kami dan/atau pedagang dan rakan kongsi strategik pilihan kami); atau (vi) menjalankan tinjauan; atau (vii) menjalankan mana-mana tujuan seperti yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini.
- Kami juga mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada pelbagai badan dan agensi kerajaan untuk memenuhi kewajipan undang-undang dan kawal selia kami dan kepada agensi penguatkuasaan undang-undang untuk tujuan mencegah dan/atau mengesan jenayah, atau untuk tujuan penyiasatan dan/atau penahanan atau pendakwaan pesalah dan/atau perlindungan keselamatan negara dan/atau apa-apa tujuan yang diperlukan atau dibenarkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang atau oleh mana-mana perintah atau penghakiman mahkamah.
- Jika diperlukan untuk mana-mana Tujuan, Data Peribadi anda boleh dipindahkan ke lokasi di luar Malaysia atau didedahkan kepada mana-mana pemegang lesen, rakan kongsi perniagaan dan/atau pembekal perkhidmatan ASTRO, yang mungkin berada di dalam atau di luar Malaysia. Kecuali perkara di atas, Data Peribadi anda tidak akan dipindahkan secara sengaja ke mana-mana tempat di luar Malaysia atau didedahkan secara sengaja kepada mana-mana pihak ketiga.
- APAKAH LANGKAH YANG KAMI AMBIL UNTUK MELINDUNGI DATA PERIBADI ANDA? Kami mengambil langkah-langkah berikut untuk melindungi Data Peribadi anda dengan memastikan bahawa:
- Data Peribadi anda disimpan seperti yang dikehendaki oleh Akta;
- Kakitangan ASTRO tidak menyalahgunakan Data Peribadi anda; dan
- mana-mana pembekal dan penyedia perkhidmatan yang dilantik yang memproses mana-mana Data Peribadi melakukannya mengikut terma kontrak mereka dengan ASTRO. Namun begitu, anda dikehendaki memastikan keselamatan kata laluan anda dan tidak mendedahkannya kepada pihak lain untuk mengurangkan risiko pelanggaran data.
- BERAPA LAMA KAMI MENYIMPAN MAKLUMAT ANDA? Kami akan mengekalkan Data Peribadi anda dalam rekod perniagaan kami selagi mana anda kekal sebagai pelanggan atau pengguna mana-mana produk dan/atau perkhidmatan kami atau pengguna laman web ASTRO. Kami juga akan mengekalkan Data Peribadi anda untuk satu tempoh masa selepas anda bukan lagi pelanggan atau pengguna mana-mana produk dan/atau perkhidmatan kami atau pengguna laman web ASTRO jika Data Peribadi kekal diperlukan untuk Tujuan.
- APAKAH KOMITMEN YANG ANDA BERIKAN BERKENAAN DENGAN DATA PERIBADI ANDA?
- Anda bertanggungjawab untuk memberikan maklumat yang tepat dan lengkap kepada kami mengenai diri anda dan mana-mana orang lain yang Data Peribadinya anda berikan kepada kami dan untuk mengemas kini Data Peribadi tersebut apabila ia menjadi tidak betul atau lapuk.
- Jika anda berumur di bawah 18 tahun, anda dikehendaki untuk memastikan bahawa ibu bapa atau penjaga sah anda memberi kebenaran bagi pihak anda untuk memproses Data Peribadi anda seperti yang diterangkan dalam Notis Privasi ini.
- Anda menyatakan dan menjamin bahawa persetujuan pihak ketiga tersebut (termasuk ahli keluarga, benefisiari dan orang hubungan kecemasan) yang Data Peribadinya anda berikan kepada ASTRO telah diperolehi untuk membolehkan Kami memproses perkara yang sama berhubung dengan Tujuan.
- APAKAH HAK ANDA BERKENAAN DENGAN DATA PERIBADI ANDA? Dalam kebanyakan keadaan, adalah perlu bagi Kami untuk memproses Data Peribadi anda bagi menyediakan produk dan perkhidmatan ASTRO dan untuk ASTRO beroperasi dalam urusan perniagaan biasa. Walau bagaimanapun, anda boleh mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda mengikut cara yang diterangkan dalam perenggan di bawah.
- Anda boleh pada bila-bila masa menghubungi Pegawai Perlindungan Data Peribadi ASTRO melalui pos berdaftar atau e-mel seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 13 di bawah untuk membuat pertanyaan atau mengemukakan aduan mengenai pemprosesan Data Peribadi anda dan anda boleh memohon secara bertulis untuk (i) mengakses Data Peribadi anda, (ii) menarik balik persetujuan anda daripada ASTRO memproses Data Peribadi anda, (iii) hadkan pemprosesan oleh ASTRO akan Data Peribadi anda dan/atau (iv) meminta pembetulan (termasuk pamadaman atau pemusnahan) Data Peribadi anda di mana anda berpendapat bahawa Data Peribadi yang dipegang oleh Kami adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau, jika berkaitan, tidak terkini.
- Berhubung dengan pemasaran langsung, anda boleh memohon melalui notis bertulis melalui pos berdaftar atau e-mel bahawa Kami tidak memproses Data Peribadi anda untuk mana-mana tujuan berikut: (i) pengiklanan atau pemasaran melalui telefon yang berkaitan dengan mana-mana produk atau perkhidmatan ASTRO atau pedagang dan rakan kongsi strategik pilihan kami; (ii) menghantar kepada anda melalui pos apa-apa bahan pengiklanan atau pemasaran yang berkaitan dengan mana-mana produk atau perkhidmatan ASTRO atau pedagang dan rakan kongsi strategik pilihan kami; (iii) menghantar kepada anda melalui e-mel atau SMS apa-apa bahan pengiklanan atau pemasaran yang berkaitan dengan mana-mana produk atau perkhidmatan ASTRO atau pedagang dan rakan kongsi strategik pilihan kami, atau (iv) berkomunikasi dengan anda melalui apa jua cara sebarang bahan pengiklanan atau pemasaran ASTRO atau pedagang dan rakan kongsi strategik pilihan kami.
- Sila ambil perhatian bahawa kami berhak untuk menolak sebarang permohonan bagi akses kepada data atau permohonan pembetulan data dalam situasi tertentu, termasuk (i) di mana kami tidak dapat mengesahkan identiti anda atau (ii) di mana maklumat yang diminta adalah bersifat sulit atau (iii) jika kami menerima permohonan berulang kali daripada anda dan beban atau perbelanjaan untuk menyediakan akses adalah tidak seimbang dengan risiko privasi anda. Kami juga berhak untuk mengenakan bayaran (jika dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai) untuk sebarang permohonan bagi akses kepada data.
- KEMASKINI KEPADA NOTIS PRIVASI INI: Notis Privasi ini boleh dipinda oleh Kami pada bila-bila masa dari semasa ke semasa. Sebarang pindaan kepada Notis Privasi ini hendaklah diterbitkan di laman web ASTRO atau melalui cara lain yang Kami anggap sesuai. Penggunaan berterusan anda terhadap mana-mana produk dan/atau perkhidmatan ASTRO dan pendedahan Data Peribadi di bawah Seksyen 5 akan dianggap sebagai persetujuan anda terhadap pindaan Notis Privasi ini.
- BUTIRAN UNTUK MENGHUBUNGI KAMI: Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan (termasuk untuk mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda), kebimbangan atau aduan berhubung dengan Notis Privasi ini, sila hubungi Kami melalui (i) pos di alamat berikut: Pegawai Perlindungan Data Peribadi, Kumpulan Astro Malaysia, Peti Surat 10148, 50710 Kuala Lumpur; (ii) melalui e-mel di [email protected]; atau (iii) melalui telefon di 03 9543 3838.